Wednesday, April 23, 2008

CARA JAWAP TELEFON YANG BETUI...


"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

KISAH PERCINTAAN TRAGUS...

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis Dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit Antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, semasa lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa Hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan y ang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap
ada…

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 Dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada…

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bla pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru… Perempuan itu ertanya kepada nenek tua itu "apa ini…?"

Inilah sabun basuh Dynamo, letakkan sedikit dan kotoran akan hilang…
Err..yg in adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai…...

Hehehehhhhehehehh…

Tuesday, April 22, 2008

BLIND DATE



Hari nie tiba2 je aku teringatkan cerita orang kawan tentang kisah "blind date " dia..bila je teringat cite dia wat aku tersengeh sorang2...

Kisah dia camni...satu hari dia blind date ngan sorang mamat..tu 1st and las dia jumpa mamat tu...klah pas berjumpa kenai2 apa yg patut...silelaki tu ajak kawan aku tu tgk wayang...kawan aku main ikut je...sekali dia bawa...tu dia aikh...masuk panggung wayang tengok cerita tamil....time tu depa dua je melayu...n dia sorang je yang pakai tudung...tokyah dok cite la perasaan dia time tu...kira time kuaq panggung tu malu xkira la....dah la tu mamat sekor tu wat perangai bodoh2 cerdik...dia sabaq je time tu...habis je date dia...dia terus blah ngan perasaan yang lega....kenangan tergelap wat dia....

Sunday, April 20, 2008

KEMBAR...

Kemarin pas balik kejer aku gan kawan sekerja singgah pasar malam....sambil jalan2..tengok2 barang tgk ada gerai bihun sup...hmm lapaq la plak...iyala xambik lunch hari nie..bila petang tgk je makanan terus lapaq....ok kami pun singgah makan kat situ...kat meja belakang kami duduk satu group lelaki..masing2 ngan cerita yang tersendiri...kami yg curi2 dengar perbualan depa tu...tumpang gelak...xtahan betuii...lawak sangat...kisahnya adalah mengenai kembar..



mulanya si A bercerita mengenai kisah student dia yang kembar...dia hampir bergaduh ngan dia punya student coz dia keliru dan tak dapat membezakan mana satu diantara mereka...last2 dia cakap hampa dua jangan dok mainkan saya....dah xtau nak wat camana lagi akhirnya dia cakap hampa pi potong rambut tapi bagi lain2 fesyen...lepas pada tu masalah confius dia settle....



Pastu si B lak buka cite...dia kembar 3...sekali tu time exam...dia dan kembaq2 dia duduk satu line cuma jarak meja je.....sijaga periksa pulak cikgu dari sekolah lain...mula2 dia tegur kembar1...yang kat meja depan...sampai kat barisan tengah dia tgk kembar2..eh kamukan ker kat meja depan ker tadi...jawap sikembar2..bukanlah kan ker saya kat sini...dia jalan lagi sampai ke meja akhir...eh kamu lagi tadi kat meja depan kamu...kat meja tengah kamu...sekarang kamu kat meja last pulak...kamu jangan main2 ngan saya...nie tengah exam nie..sikembar3 pun cakap...cikgu tu kembaq2 saya...cuba cikgu tgk betui2....last2 cikgu tu terkantoi sendiri...

Tulah cite seketika di pasaq malam.....org yg bercerita kami yg keras perut dok gelak....

Saturday, April 19, 2008

ISTERI CEMBURU



Cerita Lucu : Isteri cemburu

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan.

Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

ANAK YANG BAIK..



Cerita Lawak : Anak Yang baik

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak
angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

.Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh
saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai
dia jemput"... .

BOS YANG CERDIK



Cerita Kelakar : Bos yang cerdik

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

YouTube - gath room kedah 2008

YouTube - gath room kedah 2008

Monday, April 14, 2008

ROAD BLOCK



Adoi la pagi2 lagi aku dah kecut perut...aku betui2 xperasaan JPJ wat road block...tgk2 dah terpacak ramai org kat situ...kalaut aku cari tali pinggang..adeh time tu jugak tarik punya tarik tapi tersangkut....alhamduLILLAH...nasib baik depa tahan motor je...kalau tak xpasai je kena...time tu aku rasa cam berlari laju je....penat tui...

Saturday, April 12, 2008

SI COMOT & SI COMEI



Dulu masa aku ngan si comot...aku cukup xtahan pasai minyak...pusing2 stereng dah kena tambah minyak...pusing2 lagi tambah lagi...adeh xtahan betui...belanja untuk dia melebihi dr aku belanja untuk diri...tapi walau apa pun di tetap berjasa ngan aku...aku cukup2 selesa ngan dia...4 u comot...love u lah...muahhh untuk u....



Hmm sejak dua menjak nie aku banyak habiskan masa ngan sicomei ku...walau pun sicomei sentiasa wat aku semput tapi dia cukup baik...walau pun hanya rm 20.00 saja aku habiskan untuk dia tapi aku cukup puas pulas stereng..hanya 20 dah rata tempat aku pi dan dah 4 hari aku xtambah minyak...sangat2 terujakan...cam xcaya je....biaqlah sempit sikit...biaqlah xleh bawa laju tapi oklah....cayalah comei....

THE SOUND OF MUSIC






Nielah satu2nya pemuzik kegemaran aku....aku cukup2 minat ngan bakat dia...gaya dia...semuanya tentang dia..hope dia kan terus maju...maju...dan maju...sejaya...jayanya...

AUTO N MANUAL


Aku kalau bab drive mmg leceh sikit...dulu mula start blajaq bawa keta aku bawa manual...tapi mmg aku xpandai...last2 aku xbawa keta...tapi bila ada peluang dapat keta sendiri aku beli yg auto...fuhh mmg best bawa...cukup2 senang...sebelah tangan leh masin masej...sebelah kaki leh lipat naik atas...ha kira seronoklah time tu....tapi...hukhukhuk...baru2 nie aku tukaq keta baru...adeh la...kali nie beli yg manual...mak oii sakit...bawa keta tesemput2...nak sampai satu2 destinasi penat betui...jap2 keta mati...jap2 keta semput...sampai aku pun turut semput...letih betui...tapi akhir2 nie dah ada kemajuan...dah pandai sikit aku nie...moga cepat2 pandailah..xtahan tau camni....ada sekali tu mati tengah2 jalan...malu oii...rasanya cam baru je blajaq bawa keta...
tapi bila aku pikiaq balik elok jugak aku tukaq manual...atleast apa2 halaku leh tumpang keta adik beradik yg lain...kalau tak pakai ke "sut" lah aku xtau bawa...

Friday, April 11, 2008

DATUK CALVIN KLIEN




Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barulah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilih tu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih.

Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!)... ... .

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni... . "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun... . Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe... . Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap
buleh control macho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi ".

awan nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye... . pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu napok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat
la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... .

Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku pong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea... .. "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit
kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel suke sampaikang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB


tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang... ... ... ... ... ..
"Datuk Calvin Klien". Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.
Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu... ..

Gitulah cerite nye... . spang kederang sunggoh!!!

Sunday, April 6, 2008

GHOST 8TV



ADA MASANYA, AKU RINDUKANNYA..
TAPI AKU TAHU, DIA SENTIASA ADA...
ADA MASANYA, AKU DAPAT RASAKAN KEHADIRANNYA..
NAFASNYA YANG MENGHANGATKAN AKU..
ADA MASANYA, AKU DAPAT MERASAKAN KEKUATANNYA..
MEMBRITAHU AKU YANG AKU MAMPU JADI LEBIH BERJAYA..
ADA MASANYA JUGA, AKU TAK TERFIKIR TENTANGNYA...
ITULAH HARI-HARI YANG PALING MUDAH DAN TENANG.....



GHOST...EZA & ZACK IMRAN...

NGANTUK...



Adeh hari nie bukan main2 punya mengantuk...betui2 mengantuk dan tersangatlah mengantuknya sampai rasa diawangan je....


Hai xsabaq rasanya nak balik....sampai je rumah aku nak tiduq je...xnak pikiaq benda lain dah...tiduq setiduq2nya...seronokkan kalau leh tiduq..tapi yang pastinya malam nie xleh tiduq awai...sbb last cite ghost...tu cite fovorites aku....

Saturday, April 5, 2008

GHATERING KEDAH GROUP 2008...



Hmm masa nie aku ngantuk sgt2..mata pun lali je...tapi dah nama pun masuk opis maksudnya kena kejer xkan nak tiduq plak..hehehe awai pagi lagi aku dah curi tulang wat hal sendiri...sementara nak download gambaq2 gath ke fs..aku sambil2 wat blog nie...hari sabtu pagi 5/4/2008 (28 rabiaulawal 1429) aku ikut gorup chat kedah gi gath ke pendang lake...mulanya aku seganlah jugak..iyalah aku niekan jenis lambat sikit mesra ngan org...tapi aku join jugak..kui 7.30 kami berkumpul kat plaza tol..cam biasa aku yg selalu lewat..kami konvoi ramai2 ke pendang lake.hehe best tau..kalau ikut plan upacara bermula kui 9...tapi disebabkan kelewatan ketibaan vip..vip..upacara bermula pas lunch...walau pun lambat sikit aktiviti bermula tapi yg pastinya....mmg best..ada pelbagai permainan..kami dibahagikan kepada 3 group..aku dalam group 2..satu group terbahagi kepada 6 org...ada tarik tali..lari dalam guni...roda2 dijalanan...cari coklat dlm tepung..kukur kelapa yang paling besyt..karaoke...mmg gempak sgt....
tapi disebabkan dok melalak sampai 3 pagi..sekarang aku dah ngantuk sgt...sgt mengantuk....xtahan lol........zzzzzz

Wednesday, April 2, 2008

SMILE..

SAYU..


Hari nie satu hari yang panjang wat aku...perasaan aku sayu sgt..sedih...sayukan apa..?sedihkan apa...?sedang aku xde masalah yg nak difikirkan...maybe tumpang rasa apa yg kawan aku rasa ketika ini...aku tau dia dalam keadaan yang xceria..tapi aku xleh kongsi bersama sbb dia diam seribu bahasa...



Sepanjang hari kat opis..kalau selalunya aku xbanyak kejer tapi hari nie aku banyak kejer...start dari pagi sampai ke pukul 2 lebih baru kejer aku siap...tapi kali nie aku siapkan kejer ngan jiwa yg kosong...kosong betui2...fikirkan apa aku pun xtahu..hal kawan aku pengaruhi aku betui....dan yang paling wat aku rasa jiwa kacau...sayu ..sedih...sbb aku lapaq...lapaq sgt2...huhuhu nak tinggal kejer xleh...aku kena siapkan dulu...call kedai makan bawah line bz je...habis tu dok geram sorang2....selagi xjumpa makan selagi tulah mood aku macam2....huhuhu...lapaq nie awatlah lambat sgt order sampai...

BAKUL SAMPAH PUNYA HAL..


Hmm sejak xbanyak kejer nie bos aku jarang masuk...bila dia jarang masuk aku suka2 hati jelah kemaskan bilik dia...tapi hari nie dia dok cari pasai ngan aku...hehehe kes dia....aku letak bakul sampah dia yg jaraknya selangkah je....dia tanya aku napa yg letak bakul sampah dia jauh sgt...tau tak jauh nak buang sampah...aku pun bila dah lama xgaduh2...menjawaplah jugak...dah lama dia xmasukopis tu la pasai aku letak jauh2....sajalah tu..xde pasai..saja nak meriahkan opis....

Tuesday, April 1, 2008

CERITA DI AWAI PAGI...



Diawai pagi camni aku dah kena duga...kononnya bulan nie leh la saving singgit dua..iyalah nie awai bulan punya cite...kononnya nakla berubah nak blajaq menabung..kononnyalah tapi lain lak cite...time reverse keta buruk ku tu dengan kasaq nya tut-tut bumper depan tersangkut kat posh keta...huhuhu..apa lagi...uwaaa maka suka ke tak terpaksalah aku kuaqkan duit untuk tukaq yang baru.....

tulah gurauan diawai pagi....tu baru pagi...apalak yg nak jadi sepanjang hari nie...just wait n see....

tapi tiap yg berlaku adalah dugaan dalam kehidupan kita..dugaan kecil ker besaq ker...tulah lakonan dalam kehidupan kita harian...tiap yang baik datang dari ALLAH...begitu jugak yg sebaliknya...kita sebagai umatnya hanya perlu menempuh tiap benda yang berlaku....

SIGNATURE SIAPA NIE..


eh cuba tgk aku dapat signature siapa nie....tu ha mr edrie hashim punya signature la...